Friday, 14 October 2016

266 unit Apartment di Pauh, Perlis - Projek Pembinaan Perumahan (Kontraktor G7 Dikehendaki)

Projek Pembinaan Perumahan di Kurung Anai, Pauh, Perlis sedang di dalam proses mendapat kelulusan dari Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan pada Disember 2016/ Januari 2017.


Syarikat Hijau Damai Ventures Sdn Bhd (HDVSB) adalah Konsultan Pengurusan Projek yang dilantik oleh PEMAJU Projek Pembinaan Perumahan ini, mempelawa mana mana kontraktor G7 yang berminat untuk menyertai Projek Pembinaan Perumahan PPA1M ini boleh terus menghubungi pihak HDVSB samada menerusi email hijaudamaiventures@yahoo.com, telefon atau melalui pesanan whatsapp (0163493551) atau komen di blog ini.

Pihak kontraktor G7 perlu mempunyai sekurang kurang pengalaman dalam projek pembinaan perumahan yang bernilai lebih dari RM10 juta ke atas dan mempunyai kewangan yang kukuh untuk melaksanakan projek pembinaan perumahan ini.

Berikut adalah spesifikasi projek pembinaan perumahan PPA1M
A) Jenis perumahan: Rumah kos sederhana
B) Keluasan tanah projek: 4.53 ekar
C) Jenis tanah: Tanah biasa
D) Jenis rumah :
      - Apartment/ pangsapuri bernama Seri Pauh Residensi
      - 2 blok, 13 tingkat, 266 unit
E) Keluasan rumah : 1000 kaki persegi
F) Kekemasan : Kekemasan standad dan pembinaan berkonsep IBS sangat digalakkan 
G) Tempoh pembinaan : 36 +3 bulan
H) Lain lain :
     - Dewan
     - Surau
     - Tadik & Taska
     - Taman Permainan






Berikut adalah proses proses yang akan berlaku sekiranya berminat untuk projek pembinaan perumahan PPA1M
1) Menghantar butir dan profil Syarikat kepada HDVSB email (hijaudamaiventures@yahoo.com)
2) Maklum balas dari pihak HDVSB dan Skop kerja dari pihak HDVSB
     Perbincangan boleh diatur untuk sesi penerangan yang lebih spesifik
3) Surat tunjuk minat (LOI) beserta anggaran kos.
4) Melawat tapak dan perbincangan
5) Penyediaan BQ/QS dari kontraktor
6) Kelulusan dari Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (November 2016)
7) Surat Anugerah Projek (LOA) dari HDVSB
8) Surat Persetujuan Pembinaan di antara Kontraktor dan Pemaju
9) Pembinaan bermula

Selaku Konsultan Pengurusan Projek yang telah diamanahkan oleh Pemaju Projek Pembinaan Perumahan ini, HDVSB tidak akan berurusan dengan pihak ketiga untuk proses ini.

HDVSB juga tidak akan melayan syarikat kontraktor yang tidak layak dan tidak disenaraipendek kerana HDVSB tidak mahu membuang masa kedua belah pihak kerana berbincang berkenaan urusan yang tidak akan berlaku.

No comments:

Post a Comment