Pihak kontraktor G7 perlu mempunyai sekurang kurang pengalaman dalam projek pembinaan perumahan yang bernilai lebih dari RM30 juta ke atas dan mempunyai kewangan yang kukuh untuk melaksanakan projek pembinaan perumahan ini.
Berikut adalah spesifikasi projek pembinaan perumahan PPA1M
A) Jenis perumahan: Rumah kos sederhana
B) Keluasan tanah projek: 3.234 hektar
C) Jenis tanah: Tanah biasa
D) Jenis rumah : 300 unit 2 blok, Apatment bernama Rambai Hijau Residence
E) Keluasan rumah : 1000 kaki persegi
F) Kekemasan : Kekemasan standad dan pembinaan berkonsep IBS sangat digalakkan
G) Tempoh pembinaan : 36 +3 bulan
H) Lain lain :
- 3 tingkat Podium tempat letak kereta
Berikut adalah proses proses yang akan berlaku sekiranya berminat untuk projek pembinaan perumahan PPA1M
1) Menghantar butir dan profil Syarikat kepada HDVSB email (hijaudamaiventures@yahoo.com)
2) Maklum balas dari pihak HDVSB dan Skop kerja dari pihak HDVSB
Perbincangan boleh diatur untuk sesi penerangan yang lebih spesifik
3) Surat tunjuk minat (LOI) beserta anggaran kos.
4) Melawat tapak dan perbincangan
5) Penyediaan BQ/QS dari kontraktor
6) Kelulusan dari Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (November 2016)
7) Surat Anugerah Projek (LOA) dari HDVSB
8) Surat Persetujuan Pembinaan di antara Kontraktor dan Pemaju
9) Pembinaan bermula
Selaku Konsultan Pengurusan Projek yang telah diamanahkan oleh Pemaju Projek Pembinaan Perumahan ini, HDVSB tidak akan berurusan dengan pihak ketiga untuk proses ini.
HDVSB juga tidak akan melayan syarikat kontraktor yang tidak layak dan tidak disenaraipendek kerana HDVSB tidak mahu membuang masa kedua belah pihak kerana berbincang berkenaan urusan yang tidak akan berlaku.
No comments:
Post a Comment